#PenangBangkit

  • Saya Perlukan Bantuan
    • Saya Perlukan Pengangkutan
    • Saya Perlukan Bengkel Kenderaan
    • Saya Perlukan Peralatan Elektrik
    • Saya Perlukan Rawatan Kesihatan
    • Saya Perlukan Perabot
  • Saya Ingin Membantu
    • Saya Ingin Menderma
    • Daftar Sebagai Vendor
    • Lokasi Pengumpulan Sumbangan
  • Maklumat Terkini
    • Kenyataan Media
  • Mengenai Kami

Kenyataan Media YB Dato’ Abdul Malik Kassim

Kenyataan Media
YB Dato’ Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
10 November 2017


RM 100,000 Sebagai Peruntukan Awal Untuk Membaik Pulih Surau, Masjid Dan Sekolah Agama Pulau Pinang Yang Terjejas Banjir.

Saya telah berbincang dengan YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Dato’ Saifuddin Nasution selaku Penasihat Strategik Ketua Menteri.

Alhamdulillah, Ketua Menteri telah meluluskan sebanyak RM 100,000 sebagai peruntukan awal, untuk kerja-kerja baik pulih masjid, surau dan sekolah agama yang terjejas teruk akibat bencana banjir sejak 4 November lalu.

Peruntukan awal itu akan digunakan untuk kerja pemulihan, sebelum wang Kutipan Tabung Khas Jumaat diumumkan semalam, diterima oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang akan digunakan sepenuhnya nanti.

Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan memulakan usaha mengenalpasti dan menjalankan kerja-kerja anggaran, sebelum memilih serta melantik kontraktor yang bertanggungjawab.

#PENANGBANGKIT

  • © Penang State Government. All rights reserved.
  • Template by HTML5 UP
  • facebook.com/pulaupinangbangkit